Cu
(Tembaga)
|
||||||||||||||||||||||
|
Umum
|
||||||||||||||||||||||
|
tembaga,
Cu, 29
|
||||||||||||||||||||||
|
Jisim
atom
|
||||||||||||||||||||||
|
Konfigurasi
elektron
|
[Ar] 3d10 4s1
|
|||||||||||||||||||||
|
Bilangan
elektron per petala
|
2,
8, 18, 1
|
|||||||||||||||||||||
|
Sifat
fizikal
|
||||||||||||||||||||||
|
Keadaan
|
||||||||||||||||||||||
|
Ketumpatan (sekitar suhu bilik)
|
8.96
g/cm³
|
|||||||||||||||||||||
|
Ketumpatan
cecair pada takat lebur
|
8.02
g/cm³
|
|||||||||||||||||||||
|
Takat
didih
|
2835
K
(2562
°C, 4643 °F)
|
|||||||||||||||||||||
|
Haba
pelakuran
|
13.26
kJ/mol
|
|||||||||||||||||||||
|
Haba
pengewapan
|
300.4
kJ/mol
|
|||||||||||||||||||||
|
Muatan
haba
|
(25
°C) 24.440 J/(mol·K)
|
|||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||
|
Sifat
atom
|
||||||||||||||||||||||
|
Struktur
hablur
|
kubus
berpusat muka
|
|||||||||||||||||||||
|
2, 1
(oksida bes lemah) |
||||||||||||||||||||||
|
Keelektronegatifan
|
1.90
(skala Pauling)
|
|||||||||||||||||||||
|
pertama:
745.5 kJ/mol
|
||||||||||||||||||||||
|
kedua:
1957.9 kJ/mol
|
||||||||||||||||||||||
|
ketiga:
3555 kJ/mol
|
||||||||||||||||||||||
|
Jejari
atom
|
135 pm
|
|||||||||||||||||||||
|
Jejari
atom (kiraan)
|
145 pm
|
|||||||||||||||||||||
|
Jejari
kovalen
|
138 pm
|
|||||||||||||||||||||
|
Lain-lain
|
||||||||||||||||||||||
|
Sifat
kemagnetan
|
||||||||||||||||||||||
|
Rintangan
elektrik
|
(20 °C)
16.78 nΩ·m
|
|||||||||||||||||||||
|
(300 K)
401 W/(m·K)
|
||||||||||||||||||||||
|
Pengembangan
terma
|
(25 °C)
16.5 µm/(m·K)
|
|||||||||||||||||||||
|
Kelajuan
bunyi (rod halus)
|
(suhu
bilik) (disepuh lindap)
3810 m/s |
|||||||||||||||||||||
|
Modulus
Young
|
130 GPa
|
|||||||||||||||||||||
|
Modulus
ricih
|
48 GPa
|
|||||||||||||||||||||
|
140 GPa
|
||||||||||||||||||||||
|
Nisbah
Poisson
|
0.34
|
|||||||||||||||||||||
|
Skala
kekerasan Mohs
|
3.0
|
|||||||||||||||||||||
|
Kekerasan
Vickers
|
369 MPa
|
|||||||||||||||||||||
|
Kekerasan
Brinell
|
874 MPa
|
|||||||||||||||||||||
|
7440-50-8
|
||||||||||||||||||||||
|
Isotop
|
||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||
Tembaga ketika sedikit melepasi takat
leburnya mengekalkan warna kilauan merah jambu apabila cahaya yang mencukupi
(dalam kes ini daripada denyar atau pancaran kamera) dipancarkan ke atas warna
pijar jingganya.
Tembaga wujud sebagai bahan yang
memiliki ikatan logam, menyebabkannya mempunyai beraneka jenis sifat-sifat kelogaman
Jongkong tembaga kuno daripada Zakros, Cretedibentuk
seperti kulit binatang yang memang menjadi kelaziman pada zaman tersebut.
Simbol ahli
alkimia bagi tembaga
Tembaga (daripada Bahasa Sanskrit: tàmra) atau kuprum (L.: Cuprum) adalah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Cu dan nombor atom 29. Ia merupakan logam mulur yang mempunyai kekonduksian elektrik yang sangat baik, dan digunakan
secara meluas sebagai pengalir elektrik, bahan pembinaan, dan sebagai juzuk
sesetengah aloi.
Sifat-sifat
utama
Tembaga adalah logam kemerahan, dengan pengalir eletrik dan pengalir haba yang baik
(antara semua logam-logam tulen dalam suhu bilik, hanya perak mempunyai kekonduksian elektrik
yang lebih tinggi daripadanya). Apabila dioksidakan, tembaga adalah bes lemah. Tembaga memiliki ciri
warnanya itu oleh sebab struktur jalurnya, iaitu ia memantulkan cahaya merah
dan jingga dan menyerap frekuensi-frekuensi lain dalam spektrum tampak.
Bandingkan ciri-ciri optik ini dengan ciri-ciri optik perak, emas dan aluminium.
Tembaga terletak dalam keluarga yang sama seperti perak
dan emas dalam jadual berkala, oleh itu ia mempunyai sifat-sifat yang serupa
dengan kedua-dua logam itu. Kesemuanya mempunyai kekonduksian elektrik dan haba
yang tinggi. Kesemua adalah logam yang mudah tertempa. Dalam keadaan cecair,
suatu permukaan jelas (apabila tiada cahaya sekitar) logam itu kelihatan agak
kehijauan, dan begitu juga dengan emas. Perak tidak memiliki sifat ini, maka ia
bukan merupakan warna pelengkap untuk warna pijar jingga. Apabila tembaga lebur
berada dalam keadaan cahaya terang, kita dapat melihat kilau merah jambunya.
Logam lebur tembaga tidak membasahkan permukaan dan mempunyai tegangan
permukaan yang sangat kuat dan membentuk titisan hampir sfera apabila
dituangkan atas suatu permukaan.
Terdapatnya dua isotop stabil, 63Cu
dan 65Cu, dan berpuluhan jenis radioisotop. Kebanyakan
radioisotop-radioisotop ini mempunyai separuh hayat pada tertib minit atau
kurang daripada itu; dan yang mempunyai hayat terpanjang, 64Cu,
mempunyai separah hayat selama 12.7 jam, dengan dua mod reputan, menjurus
kepada dua hasil yang berbeza.
Terdapat sebilangan jenis aloi tembaga—logam spekulum adalah aloi tembaga/timah, loyang adalah aloi tembaga/zink, dan gangsa adalah aloi tembaga/timah. Logam monel merupakan aloi tembaga/nikel, dan juga dipanggil kupronikel. Sementara gangsa biasanya
merujuk kepada aloi tembaga/timah, ia juga merupakan istilah umum bagi
bermacam-macam jenis aloi tembaga, contohnya gangsa aluminium, gangsa silikon, dan gangsa mangan.
Ketulenan tembaga dinyatakan sebagai 4N bagi yang
mempunyai ketulenan 99.9999% dan 7N bagi 99.9999999%. Angka menunjukkan
bilangan nombor sembilan selepas titik perpuluhan.
Penggunaan
Tembaga adalah boleh tempa dan mulur, pengalir haba yang baik, dan apabila sangat
tulen, merupakan pengalir elektrik yang baik.
Ia digunakan secara meluas, dalam hasil keluaran seperti:
·
Elektronik:
·
Litar bersepadu, semakin banyak menggantikan aluminium oleh sebab kekonduksiannya yang
lebih baik.
·
Sebagai bahan dalam pembikinan penenggelam haba komputer, kerana keupayaan
pelesapan haba yang lebih baik berbandingaluminium.
·
Kejuruteraan struktur:
·
Dialoikan bersama nikel, sebagai
contoh kupronikel dan Monel, digunakan sebagai bahan tahan kakisan
dalam perusahaan membuat kapal.
·
Barang keluaran rumah:
·
Tombol pintu dan lekapan-lekapan lain dalam rumah.
·
Perak sterling, sekiranya digunakan sebagai peralatan
makan malam, akan mengandungi beberapa peratus tembaga.
·
Pensyilingan:
·
Duit syiling Malaysia yang bernilai 50 sen, 20 sen, 10 sen dan 5 sen mengandungi komposisi 75%
tembaga dan 25% nikel. Duit syiling RM 1 yang tidak lagi diedarkan
mengandungi komposisi 84% tembaga, 12% zink dan 4% timah.
·
Penggunaan dalam bidang bioperubatan:
·
Sebagai permukaan biostatik dalam hospital, dan untuk melapik
bahagian-bahagian dalam kapal laut untuk melindunginya
daripada teritip dan kupang, pada asalnya digunakan dalam keadaan
tulen, tetapi telah digantikan dengan logam Muntz. Bakteria tidak dapat tumbuh pada permukaan
tembaga kerana ia adalah biostatik. Tombol pintu tembaga digunakan oleh
pihak hospital untuk
mengurangkan penyebaran penyakit, dan penyebaran Penyakit Legion disekat dengan menggunakan tiub
tembaga dalam sistem penghawa udara.
·
Kuprum(II) sulfat digunakan sebagai racun kulat dan pengawal alga dalam tasik dan
kolam perumahan. Ia digunakan dalam serbuk dan semburan kebun untuk
membunuh kulapuk.
·
Penggunaan dalam bidang kimia:
·
Lain-lain:
Sejarah
Pada zaman Yunani, logam ini dikenal dengan nama chalkos (χαλκός).
Tembaga merupakan sumber penting bagi orang-orang Rom dan Yunani. Pada zaman
Rom, ia dikenali sebagai aes Cyprium (aesmerupakan
istilah umum Latin bagi aloi tembaga seperti gangsa dan logam-logam lain, dan Cypriumkerana
kebanyakannya dilombong di Cyprus.) Daripada itu, perkataan ini
menjadi cuprum dan dalam Bahasa Melayu kuprum.
Perkataan tembaga pula berasal dari perkataan Sanskrit bagi tembaga iaitu
tàmra.[1]
Tembaga dikaitkan dengan dewi Aphrodite/Venus dalam mitologi dan alkimia, kerana rupanya yang cantik berkilau,
kegunaan lamanya dalam pembuatan cermin, dan pengaitannya dengan Cyprus, tempat yang suci bagi dewi tersebut.
Dalam bidang alkimia, simbol bagi
tembaga adalah juga simbol yang digunakan untuk planet Venus.
Tembaga dalam bentuk aslinya adalah salah satu daripada
hanya sebilangan logam yang wujud secara semula jadi sebagai mineral yang tidak
bersebati. Tembaga diketahui oleh manusia daripada tamadun yang paling lama
pernah dicatatkan, dan mempunyai sejarah penggunaan sekurang-kurangnya 10,000
tahun lamanya. Satu loket tembaga ditemui di kawasan yang pada masa
kininya Iraq utara dan bertarikh 8700 SM. Pada
sekitar 5000 SM, terdapat tanda-tanda peleburan tembaga, penyarian tembaga
daripada sebatian tembaga ringkas seperti malakitatau azurit. Antara tapak-tapak arkeologi seperti di Anatolia, Çatal Höyük (~6000 SM) menunjukkan artifak
manik-manik tembaga asli dan plumbum yang telah dilebur, tetapi tiada tembaga
yang dilebur. Can Hasan pula (~5000 SM) mempunyai laluan
kepada tembaga lebur; dalam tapak ini dijumpai artifak tembaga tuang tertua pernah
diketahui, iaitu sebuah cokmar kepala tembaga.
Peleburan tembaga nampaknya telah berkembang secara
berasingan dalam beberapa bahagian dunia. Di samping perkembangan di Anatolia
pada 5000 SM, ia dikembangkan di China sebelum 2800 SM, Amerika Tengah sekitar
600 TM, dan Afrika Barat sekitar 900 TM.[2]
Terdapat artifak-artifak tembaga dan gangsa daripada kota-kota Sumeria yang bertarikh 3000 SM, manakala
artifak-artifak Mesir dalam
bentuk tembaga dan tembaga yang dialoikan bersama timah juga mempunyai usia yang sama.
Dalam satu piramid, satu sistem pempaipan tembaga ditemui berusia 5000 tahun.
Orang-orang Mesir mendapati bahawa dengan mencampurkan
sejumlah kecil timah akan membuatkan logam tembaga lebih mudah untuk dituang,
oleh itu aloi gangsa ditemui di Mesir hampir-hampir sewaktu dengan penemuan
tembaga. Penggunaan tembaga dalam zaman China kuno bertarikh sekurang-kurangnya
2000 SM. Pada 1200 SM, gangsa-gangsa yang baik mutunya telah dihasilkan di
China. Perhatikan bahawa tarikh-tarikh ini dipengaruhi oleh waktu-waktu
peperangan dan penaklukan, kerana tembaga sangat mudah untuk dilebur dan
digunakan kembali. Di Eropah, Oetzi si orang Ais, mayat lelaki yang diawet dengan baik
yang bertarikh 3200 SM, ditemui dengan kapak berbucu tembaga yang berketulenan
99.7%. Kandungan tinggi arsenik pada rambutnya mencadangkan
bahawa dia terlibat dalam peleburan tembaga. Loyang, sejenis aloi zink dan tembaga,
diketahui oleh orang Yunani tetapi julung kali digunakan
dengan meluasnya oleh orang Rom.
Penggunaan gangsa sangatlah berleluasa pada suatu
zaman ketamadunanan sehinggakan ia dinamakan Zaman Gangsa. Zaman peralihan dalam sebahagian
kawasan antara zaman Neolitik yang
sebelumnya dan Zaman Gangsa, adalah dinamakan Kalkolitik, iaitu beberapa peralatan tembaga berketulenan
tinggi digunakan bersama-sama dengan peralatan batu.
Di Asia Tenggara, tapak arkeologi di Phumi Mlu Prey, Kemboja menemui tanda-tanda kegiatan
penuangan gangsa dan besi yang diusahakan sebelum abad pertama Masihi. Di tapak
tamadun Dong Son, Vietnam pula terdapatnya artifak-artifak
gangsa yang bertarikh antara 500 SM ke 100 SM. Di Malaysia, artifak gangsa
tertua ditemui di daerah Klang dalam bentuk genta {loceng) manakala artifak
tembaga tetua iaitu sebuah gong, yang ditemui di Terengganu.
sejarah perlombongan tembaga
Tembaga telah dilombong sejak beberapa kurun lamanya. Di
rantau Asia Tenggara contohnya, kawasan yang menjadi tapak perlombongan tembaga
prasejarah terletak di Phu Lon pada Sungai Mekong, Thailand yang bertarikh kira-kira 1500
S.M. Tapak ini menjadi sumber penting tembaga bagi liputan yang meluas dalam
Asia Tenggara.
Di Malaysia, perlombongan tembaga secara komersil bermula
pada tahun 1975 di Mamut, Sabah. Setelah
ditutup pada tahun 1999, perlombongan tembaga di Mamut mendatangkan hasil
sebanyak 133.9 juta ton bijih tembaga sepanjang tempoh perlombongan. [4]
peranan biologi
Tembaga atau kuprum adalah penting bagi semua haiwan dan
tumbuhan peringkat tinggi. Tembaga diangkut paling banyak dalam aliran darah
oleh sejenis protein plasma yang dipanggil seruloplasmin. Apabila tembaga pertama kali dicerap
di dalam perut, ia diangkut kehati dan
terikat pada albumin. Tembaga dijumpai pada bermacam jenis enzim, termasuk sitokrom c oksidase yang berpusatkan tembaga dan
enzim superoksida dismutase (mengandungi tembaga dan zink).
Di samping peranan enzimnya, tembaga juga digunakan untuk pengangkutan elektron
biologi. Protein tembaga biru yang terlibat dalam pengangkutan elektron
termasuklah azurin danplastosianin. Nama tembaga biru berasal
daripada warna biru kuat yang terhasil akibat jalur penyerapan pengangkutan cas
ligan ke logam sekitar 600 nm.
Kebanyakan moluska dan sesetengah antropoda seperti belangkas menggunakan pigmen hemosianinnya yang mengandungi tembaga,
berbanding dengan hemoglobin yang
mengandungi besi, untuk pengangkutan oksigen, oleh itu darahnya berwarna biru
dan bukan merah apabila dioksigenkan. Dipercayai bahawa zink dan tembaga bersaing untuk
penyerapan dalam saluran pencernaan, sehingga menyebabkan kelebihan salah satu
mineral tersebut dalam diet pemakanan menjurus kepada kekurangan mineral yang
satu lagi. RDAtembaga untuk seorang dewasa yang sihat
adalah 0.9 mg sehari.
Ketoksikan
Semua sebatian kuprum, melainkan yang diketahui, haruslah
dirawat seperti ianya toksik. Tiga puluh gram kuprum sulfat boleh membawa maut kepada
manusia. Cadangan tahap kuprum yang selamat dalam air minuman bagi manusia berbeza-beza
mengikut sumber, tetapi biasanya dipancang pada 1.5 ke 2 mg/L. Tahap
Pengambilan Atas yang boleh diterima bagi seorang dewasa dalamrujukan pengambilan diet untuk diet tembaga daripada
kesemua sumber-sumber adalah 10 mg/hari. Sekiranya keracunan, tembaga boleh
merencat enzim dihidrofil hidratase, sejenis enzim yang terlibat
dalam hemopoiesis, iaitu proses pembentukan sel-sel
darah.
Sebahagian besar ketoksikan tembaga datang daripada
kemampuannya untuk menerima dan menderma elektron tunggal apabila ia mengubah
keadaan pengoksidaan. Ini memangkinkan penghasilan ion radikal yang sangat
reaktif seperti radikal hidroksil dalam cara yang serupa seperti kimia Fenton. Aktiviti mangkin tembaga digunakan
oleh enzim yang berkaitan dengannya, oleh itu adalah toksik hanya apabila tidak
tersekuester dan tanpa perantaraan. Peningkatan dalam radikal reaktif tanpa
perantaraan diberi istilah umumtegasan okisidaan dan merupakan bidang pengajian
yang aktif dalam bermacam jenis penyakit yang melibatkan tembaga sebagai
penyebab utama dan lebih ketara daripada ketoksikan akut.
Sejenis keadaan yang diwarisi yang dipanggil penyakit Wilson menyebabkan tubuh menyimpan
tembaga, kerana ia tidak dikumuh olehhati ke dalam hempedu. Penyakit ini, jika tidak dirawati, boleh menjurus
kepada kerosakan otak dan hati. Tambahan pula, kajian menunjukkan
bahawa orang yang mengalami sakit jiwa seperti skizofrenia mempunyai tahap tembaga yang
tinggi dalam sistem mereka. Akan tetapi pada masa ini, kita masih tidak
mengetahui sama ada tembaga menyumbang kepada penyakit jiwa, atau tubuh cuba
untuk menyimpan lebih tembaga sebagai tindak balas kepada penyakit, atau tahap
tinggi tembaga adalah akibat daripada penyakit jiwa itu.
Tahap tembaga yang tinggi dalam air juga dapat merosakkan
kehidupan laut. Kesan yang diperhatikan akibat kepekatan tinggi tembaga dalam
ikan dan makhluk hidupan lain adalah kerosakan pada insang, hati, ginjal, dan
sistem saraf.
Bahaya-bahaya
lain
Logam ini, apabila dalam keadaan serbuk, adalah bahaya api. Pada kepekatan lebih daripada 1 mg/L,
tembaga boleh mengotorkan pakaian dan benda-benda yang dicuci dalam air.
Kewujudan
Negara penghasil bijih tembaga utama adalah Chile, Amerika Syarikat, Indonesia, Australia,Peru, Russia, Kanada, China, Poland, Kazakhstan dan Mexico. [1]
Tembaga boleh didapati sebagai tembaga asli dalam bentuk mineral. Mineral seperti sulfida:kalkopirit (CuFeS2), bornit (Cu5FeS4), kovelit (CuS), kalkosit (Cu2S) adalah sumber-sumber tembaga,
begitu juga dengan karbonat: azurit (Cu3(CO3)2(OH)2)
dan malakit (Cu2CO3(OH)2)
dan oksidanya: kuprit (Cu2O). Tembaga asli juga terbentuk pada
longgokan plaser tidak berekonomi.
Kebanyakan bijih tembaga dilombong atau disari dalam bentuk sulfida tembaga daripadalombong terdedah besar dalam longgokan tembaga porfiri yang mengandungi 0.4 hingga 1.0
peratus tembaga. Contoh-contoh termasuk: Chuquicamata di Chile dan Lombong El Chino diNew Mexico. Kelimpahan purata tembaga yang
dijumpai dalam batuan kerak adalah kira-kira 68bpj mengikut jisim, dan 22 bpj
mengikut atom.
Ketul Plaser Tembaga Asli
Tembaga asli
Majlis Antara Kerajaan
bagi Negara-negara Pengeksport Tembaga (CIPEC), tidak lagi berfungsi
semenjak 1992, pernah sekali cuba untuk memainkan peranan yang serupa
seperti OPEC bagiminyak, tetapi tidak pernah mencapai pengaruh
yang sama, kerana pengeluar kedua terbesar, iaituAmerika Syarikat, tidak pernah menganggotainya.
Ditubuhkan pada tahun 1967, anggota-anggota utama adalah Chile, Peru, Zaire, dan Zambia.
Harga tembaga telah meningkat lima kali ganda semenjak
1999, meningkat daripada $0.60 perpaun pada Jun 1999 kepada $3.75 per paun pada Mei 2006.
Sebatian
Keadaan pengoksidaan biasa bagi tembaga termasuklah
keadaan kuprum(I) yang kurang stabil, Cu+; dan keadaan yang lebih
stabil kuprum(II), Cu2+, yang membentuk garam dan larutan berwarna
biru atau biru kehijauan. Dalam keadaan yang luar biasa, keadaan pengoksidaan
3+ dan yang lebih jarang iaitu keadaan 4+ boleh dicapai.
Kuprum(II) karbonat berwarna hijau dan ini merupakan
punca kepada rupa yang menarik pada atap atau kubah bersalut tembaga pada
sesetengah bangunan. Kuprum(II) sulfat membentuk hablur pentahidrat biru yang mungkin merupakan sebatian kuprum paling
dikenali dalam makmal. Ia digunakan sebagai racun kulat, juga dikenali sebagai campuran
Bordeaux.
Terdapat dua oksida kuprum yang stabil, kuprum(II) oksida (CuO) dan kuprum(I) oksida (Cu2O). Oksida kuprum
digunakan untuk menghasilkan yttrium barium kuprum oksida (YBa2Cu3O7-δ)
atau YBCO yang merupakan asas kepada kebanyakan superkonduktor
tak lazim.
·
Sebatian kuprum (II) : kuprum(II) karbonat, kuprum(II) klorida, kuprum(II) hidroksida, kuprum(II) nitrat, kuprum(II) oksida, kuprum(II) sulfat, kuprum(II) sulfida.
·
Sebatian kuprum (III) , jarang: kalium
heksaafluorokuprat (K3CuF6)
·
Sebatian kuprum (IV) , sangat jarang: sesium
heksafluorokuprat (Cs2CuF6)
Kuprum (I) dan kuprum (II) juga masing-masing digelar
dengan nama lazimnya, kuprus dan kuprik.
Ujian untuk ion
kuprum(II)
Tambahkan natrium hidroksida berair. Mendakan biru kuprum(II) hidroksida akan terhasil, melalui penyesaran
ion kuprum oleh ionnatrium.
Persamaan ion:
Cu2+(aq) + 2OH−(aq)
→ Cu(OH)2(s)
Tambah ammonia berair. Mendakan akan terhasil,
yang kemudiannya terlarut apabila lebihan ammonia ditambahkan, untuk membentuk
kompleks ammonia biru laut, tetraaminakuprum(II).
Persamaan ion:
Cu2+(aq) + 4NH3(aq)
→ [Cu(NH3)4]2+(aq)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar